Wednesday, January 14, 2009

hutan tropica

Hutan tropik
Hutan tropika termasuklah hutan hujan malar hijau di garis lintang khatulistiwa dan hutan
monsun tropika. Di hutan khatulistiwa pokok-pokok biasanya menggugurkan daunnya
sedikit-sedikit ataupun menggugurkan daunnya mengikut musim tetapi kebanyakan daripada
pokok itu mempunyai daunnya hampir seluruh masa dan sebab itu hutan ini kelihatan malar
hijau. Di hutan monsun pokok-pokok ialah jenis daun-luruh yang menggugurkan daunnya
pada musim kemarau dan tidak mengeluarkan daun baru sehingga musim hujan tiba.
Isu sumber hutan tropika begitu mendapat perhatian di kalangan warga dunia terutama sekali
dari negara-negara maju. Kebetulan pula sumber hutan ini tidak kedapatan di negara mereka,
sebaliknya di negara bekas jajahan mereka iaitu negara sedang membangun. Kritikan dari
negara maju begitu terasa terutama sekali dari kerajaan mereka dan pertubuhan yang terdapat
di negara-negara tersebut.
Alam dicemari alam
Sumber semula jadi seperti gunung berapi Pinatubo, Unzen, Hudson mencurahkan lebih 650
juta ton. Ini bermakna penipisan ozon jika benar berlaku adalah disebabkan oleh alam
semulajadi.
Momokan pemanasan iklim sejagat hanyalah berdasarkan model-model rekaan komputer
semata-mata. Sebenarnya model-model rekaan komputer masih gagal meramalkan iklim akan
datang secara tepat. Pada suatu ketika model ini mendakwa Zaman Air Batu akan berlaku 50
tahun lagi. Bandar raya New York akan diselaputi glasier setinggi satu meter. Pada masa
yang lain mreka meramalkan bumi menjadi lebih panas dalam masa 100 tahun lagi.
Negara maju mendakwa karbon dioksida dan nitrogen yang dikeluarkan menerusi industri dan
pengangkutan boleh diserap oleh sistem hutan.

Sanggahan Malaysia
Malaysia bersetuju bahawa hutan boleh menyedut karbon dioksida , tetapi semua pihak mesti
terlibat untuk mengawet dan meluaskan kawasan hutan, tidak hanya hutan tropika.Itulah
intisari gagasan penghijauan dunia.
Malaysia kesal dengan isu kepelbagaian biologi. Negara miskin dipaksa supaya mengekalkan
hutan dan sumber genetik demi kepentingan masa depan manusia. Malangnya negara kaya
tidak bersetuju memberi pampasan dan tidak mahu pula berkongsi pengetahuan mengenai
teknologi hijau.
Cara yang sesuai menambahkan kawasan hutan ialah membangunkan teknologi tanaman agar
kawasan gurun di Amerika dan di Afrika dihijaukan semula. Jika negara maju sayangkan
bumi, mereka seharusnya bnerusaha gigih ke arah itu.